Pameran Landscaping Malaysian Art Berita Harian

Landskap seni tanah air dari pada kaca mata 11 pelukis mapan muda tanah air mewarnai Pameran Landscaping Malaysian art di Core Design Gallery, Subang Jaya yang berlangsung sehingga 12 April ini. Menariknya, majoriti karya yang dipamerkan adalah sentuhan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM)dengan sebahagiannya mengangkat isu pencemaran alam sekitar dan pembangunan sebagai subjek dalam lukisan.

Umpamanya, The Dark Side of The Earth karya muda, Ashriq Sudin yang menggunakan aluminium foil dan campuran media tampil dengan metafora bumi yang semakin tenat akibat kerakusan manusia tetapi menggunakan dua warna, iaitu hitam dan putih. “Simbol kepercayaan masyarakat Cina mengenai Yin dan Yang mewakili hitam seta putih ditampilkan dalam karya ini. “Kehadiran warna hitam yang hampir memakan kawasan putih menjadi tanda amaran keadaan bumi yang semakin tidak beryawa kerana perbuatan manusia,” katanya pada Gallery Core Design Gallery, Subang Jaya, baru-baru ini.

Sementara itu, pelukis muda yang menggemari teknik kolaj, Akmal Asyraf pula tampil dengan karya Abandon dengan meryerlahkan sisi pemandangan Malaysia daripada sudut pandang sendiri.“Pembangunan terutama pembinaan pangaspuri mewah dan lambang minuman brkarbonat terkemuka menjadi kritikan kepada masyarakat Malaysia yang sering terikut-ikut dengan pengaruh Barat. “Agak sukar menghasilkan karya ini kerana saya perlu menempel berlapis –lapis kertas terpakai sebelum mencorakkanya mengikut tema yang diingini,”katanya. Lari dari pada subjek alam sekitar, Syed Zamzur Akasah pula memaparkan kisah sayang antara ibu dan anak menesuri arca daripada seramik berjudul Mother and Children:Two Hugs. “Arca ini terukir berbentuk ibu dan anak yang sedang berpelukan bagi menyerlahkan kasih sayang antara dua insane yang tidak mungkin dapat dipisahkan. “Ibu dalam karya ini juga digambarkan memeluk erat anaknya iaitu simbolik kepada naluri semula jadi mereka sebagai pelindung dan merangkumi sifat penyayang yang sedia ada dalam diri,” katanya. Karya lain yang turut mempamerkan wajah kontemporari seni tanah air termasuk The Power of The powerless karya Syam Asmawi);Baroh (Raja Lope Rasydi);The Bowl valley (syafiq Hariz );Refreshing Janda Baik (Haafiz Shahimi );Theraphy Series (Haffadiz Che Rose);Di Batas Sepi (Faizal Suhif);Terkambus (Azil Wahid) dan in Between (Azzad Diah).

Sementara itu Kurator Core Design Gallery, Scarlette Lee berkata pemilihan tema Landscaping Malaysia Art menepati hasrat untuk membuka minda penggiat dan pameran seni bahawa lukisan perspektif landskap mampu dilaksanakan dalam pelbagai kaedah kontemporari. “ Seni landskap sebenarnya dilupan seiring peredaran masa, sekaligus menjadikan pameran ini sebagai eksperimen oleh artist kontemporari. “Ia diharapkan dapat memberi nafas baru dan mempelbagaikan gaya pengkaryaan menerusi suntikan disiplin lain termasuk seni bina,hiasan dalaman dan sains fiksyen,’’katanya.

Pameran Landscaping Malaysian Art

Tarikh :sehingga 22 April
Pelukis :11
Karya :13
Kurator :Scarlette Lee
Alamat :Core Design Gallery Sdn Bhd,87 ,jalan ss 15/2A,Subang Jaya
Maklumat:03 56121168/scar@coredesigngallery.com

Penulis Artikel : Latifah Ariffin


Comments are closed.