Awal Hurouf Asal Hurouf- Utusan Malaysia

MENYINGKAP susur galur tulisan Jawi yang wujud sejak tahun 1300 Masehi di kepulauan Melayu, pada dasarnya perkembangan tulisan ini berhubung kait dengan ketibaan Islam khususnya daripada orang paris.
Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah sui agar sesuai dengan bahasa melayu klasik. Tulisan Jawi ditulis kanan ke kiri dan ditambah dengan enam huruf yang tiada dalam bahasa Arab iaitu ca,pa,ga,nga,va dan nya.
Penggunaan tulisan Jawi merupakan factor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu serantau di samping penyebaraan agama Islam.

Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesutanan Melaka, Johor, Brunei Sulu, Kelantan dan Pattani seawal abad ke-15 untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah
Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, tenologi , falsafah dan mistik Islam, perdagangan dan juga perundangan negeri.

Tulisan Jaw merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negeri Malaysia antara lain tertulis dalam abjad Jawi. Namun penggunaan tulisan Jawi kini semakin dilupakan oleh generasi sekarang. Atas dasar itu pihak Galeri Core Design menganjurkan satu pameran solo oleh pelukis ternama tempatan,Husin Hourmain yang dikenali sebagai Awal Hurouf Asal Hurouf. Menurut Husin, ini merupakan pameran solonya yang ketiga selepas dua pameran solonya yang pernah dianjurkan pada 2004 dan 2008 lalu. Katanya memilih tulisan Jawi sebagai subjek utama pameran solonya kali ini adalah bernatlamat untuk menghidupkan kembali tulisan tersebut yang semakin dilupakan.

“Saya pecaya setiap orang Islam ada cerita tentang sejarah mereka sebelum ini. Sekiranya mereka melihat karya ini pasti mereka akan mengingeti latar belakang mereka. Ada yang akan ingat masa berjalan ke rumah ustaz untuk belajar mengaji al-Quran ketika zaman kecil dan bermacam lagi.

“Penggunaan tulisan Jawi ini juga berkait rapat dengan sejarah Islam itu sendiri dengan wahyu pertama diturunkan oleh Allah kepada Rosulullah adalah Iqra’ (bacalah). Ini secara terang-terangan mengajak umat Islam untuk menuntut ilum pengetahuan,’’ jelasnya.

Tambahnya lagi, ketika menghasilkan 30 buah karya ini dia merasakan dirinya terlalu kerdil dangan nikmat serta kebatan Tuhan yang Esa. Sebagai insan biasa, katanya, kita perlulah mensyukuri nikmat yang diterima selama ini.

“ketika menghasilkan karya ini saya sendiri kadang-kadang berheti seketika dan memikirkan tentang kerdilnya kita.Saya juga dapat mengenali diri serta kekuatan saya sendiri dan paling penting saya merasakan diri ini dekat dengan pencipta saya , “jelas Husin.


Comments are closed.