Memartabat tulisan Jawi atas kanvas – Utusan Melayu

Awal Hurouf, Asal Hurouf

Pameran lukisan berkonsepkan pengisian Spritual dan suntikan elemen Islamik sememangnya menjadi pilihan ramai pelukis terkenal tanah air termasuk Datuk Syed Ahmad Jamal dan Abdul Latiff Mohidin.Bagi Husin Hourmain, pameran lukisan yang terbarunya iaitu Awal Hurouf Asal Hurouf merupakan satu pencarian nilai spiritual yang menceritakan hubungan dirinya dengan nilai agama. Ia just merupakan pameran bercirikan seni kontemporari Malaysia yang menonjolkan seni islam. Pameran Awal Hurouf Asal Hurouf anjuran galeri Core Design merupakan pameran solo yang ke-3 ..Husin sejak 2004 lagi.

Menurut Husin, bagi percubaan pertama mengadakan pameran lukisan berunsur spiritual itu, dia menjadikan huruf jawi sebagai subjek utama lukisan yang berkait rapat dengan pembentukan ayat-ayat dalam kitab Al-Quran.

“Pameran yang memuatkan 30 karya itu merupakan terjemahan hubung kait asal usul melayu dan islam yang menggunakan huruf yang sama dan pembentukan perkataan.

“Diakui memang ramai anak melayu masa kini tidak pandai membaca jawi dan melalui pameran seperti inilah cara saya memartabatkan tulisan jawi” , katanya.

Jelas Husin, sebagai pelukis beragama Islam, dia terpanggil untuk menganjurkan pameran tersebut bagi lebih mengenali diri sendiri dan memperkuatkan hubungan dengan maha pencipta. Husin yang mula mengembangkan bakat melukis sejak usia 10 tahun merancang untuk mendalami ilmu seni Khat untuk penulisan Jawi.

Pameran Awal hurouf, Asal Hurouf secara rasminya akan diadakan pada 9 Mac sehingga 20 Mac ini bertempat di Whitebox,Publika level G2-01, Blok A5 ,Solaris Dutamas 1,Kuala Lumpur.
Ketika ini sebahagian daripada lukisan Awal Hurouf Asal Hurouf dipamerkan di galeri Core Design di nombor 87, Jalan SS15/2a,Subang Jaya, Selangor


Comments are closed.