Seni Kontemporari Islam- Berita Harian

SENI KONTEMPERARI ISLAM
Pameran Awal Hurouf,Asal Hurouf singkap keindahan tulisan Jawi
Pameran Awal Hurouf,Asal Hurouf di Galeri Core Design,Publika, Solaris Dutamas, Damansara, Petaling Jaya
Pameran solo oleh pelukis Malaysia Seni Kontemporari berpengalam, Husin Hourmain,mampu menggalakkan perkembangan seni kontemperari Islam untuk dihayati bukan saja orang Melayu, bahkan masyarakat pelbagai kamu.
Tiga tahun hasilkan 30 karya Husin berkata,proses menghasilkan 30 karya yang dipamerkan itu mengambil masa tiga tahun bermula 2010 apabila beliau mendapat idea menggunakan huruf Jawi sebagai subjek utama supaya masyarakat sedar akan kepetingannya yang dulu digunakan secara meluas oleh rakyat Negara ini. “Saya percaya seni kaligrafi ialah antara cara yang dapat menggalakan rakyat pelbagai latar belakang dan budaya untuk memahami Islam secara tidak langsung dan lebih mudah. “Saya mengambil masa yang panjang untuk menyapikan pameran solo ini karena saya perlumengkaji setiap satu karakter jawi daripada huruf alif hingga ya,selain menyiapkan karya berkenaan,’’ katanya kepada Galeri di Galeri Core Design, Subang Jaya, baru-baru ini. Tampilkan imej garang Antara karya Husin yang menimbulkan impak menarik ialah lukisan berjudul Zho yang mempamerkan karater huruf zho yang mengandungi huruf berkenaan yang lebih kecil dan bertindih antara satu sama lain, manakala latar belakang menggunakan campuran warna kuning, hijau dan biru.
Karya berjudul Dol pula menampakkan kerativiti Husin dalam member sudut pandang baru terhadap huruf Jawi yang semakin dipadang sepi dengan penggunaan warna merah dan hitam yang melahirkan imej garang khususnya titisan warna merah yang nmengalir di sekitar garisan huruf.
Husin mendedahkan antara kesukaran yang dilukisan itu ialah untuk memastikan setiap abjad mempunyai watak dan karakter tersendiri. “Kesukaran itu juga brpunca proses berkarya hampir sama, iaitu melukis lapisan demi lapisan dan huruf yang bertindih antara satu sama lain tetapi setiap lukisan mengandungi mesej tersendiri .
“saya juga perlu memberikan perhatian dalam aspek pengawalan berusaha supanya mendapatkan strok yang betul,’’ katanya.
Sumber sejarah
Beliau berkata, seni lukisan tidak boleh dipandang enteng karena ia berupaya menjadi antara sumber sejarah penting, apatah lagi tulisan Jawi semakin jarang diperhtikan masyarakat karena kurang mendapatkan pendedahan mengenainya. “Tidak hairanlah ramai yang kini bukan saja tidak memahami dan membaca tulisan Jawi, bahkan ada yang langsung tidak kenal huruf jawi,” katanya. Setiap karya mewakili satu huruf tulisan Jawi yang menggunakan nama huruf bernaan sebagi judulnya, sekali gus menambahkan keunikan pada pameran itu.Sesi previu pameran Awal Hurouf, Asal Hurouf diadakandi Gallery Core Desingn, Subang Jaya sehingga 6 Mac depan sebelum dibawa ke White Box, Publika, Solaris Dutamas, Damansara yang dibuka secara rasmi pada 9 Mac dan berahkir pada 20 Mac.


Comments are closed.