Seni Kaligrafi Islam Husin Hourmain -Utusan Melayu Review

Penulis Ruangan : Fitri Affendi

Seni kaligrafi islam seperti tulisan Jawi mempunyai keunikan tersendiri untuk ditonjolkan dalam seni lukisan namun ia masih belum dipersembahkan oleh kebanyakan pelukis-pelukis di negara ini. Hal ini kerana kebanykan pelukis lebih cenderung untuk mengangkat karya seni bersifat moden dan jarang mengangkat seni yang lebih bersifat keagamaan. Justeru, kenunikan seni islam tersebut menarik minat pelukis, Husin Hourmain untuk menghasilkan 30 karya berdasarkan kaligrafi tulisan Jawi yang dipamerkan dalam pameran Awal Hurouf Asal Hurouf. Pameran tersebut menonjolkan seni kaligrafi huruf tulisan jawi bermula dari ‘Alif’ hingga ‘Ya’ yang bercirikan Seni Kontemporari Malaysia sedang dipamerkan di galeri whitebox, Publika Kuala Lumpur sehingga 20 March ini.Husin berkata, pameran ini mempamerkan 30 karya terbarunya yang lebih mengetengahkan keunikan dan interpretasi dalam seni kaligrafi islam.

“ terdapat 30 karya tulisan jawi, yang mana saya ambil masa selama 3 tahun untuk menciptakannya meliputi unsur seni dan budaya islam”

katanya semasa pelancaran pameran itu. Dalam pameran tersebut juga, husin turut mempamerkan Huruf set Jawi yang dilakar diatas kertas yang telah dibingkaikan, selain turut mempamerkan sebanyak 10 set lukisan-lukisan lain. Yang menarik mengenai pameran Awal Hurouf Asal Hurouf ini, ia merupakan kerjasama pelukis dan galeri Core Design yang telah mengangkat pameran ini, mempunyai kualiti sama dengan pameran yang terdapat di Muzium.


Comments are closed.