Karya Haafiz Shahimi unik dan berbeza

Oleh: Roshlawaty Raieh

 

Anak muda kelahiran Kedah ini mula menjadi sebutan ramai. Bukan kerana dia banyak menghasilkan karya berkualiti tetapi sebaliknya dia satu-satunya artis kontemporari yang sangat inovatif dan berupaya menghasilkan karya pyrography monotype printmaking (sejenis cara haba kanvas).

Haafiz Shahimi, graduan seni percetakan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru berusia 28 tahun. Beliau amat berbakat dan berbeza dalam menghasilkan karya.

“Jika kaedah konvensional menggunakan cat air, cat minyak dan akrilik, saya mencuba haba sebagai medium utama dalam menghasilkan imej.

“Permukaan utamanya adalah polyvinyl chloride (PVC) yang diletakkan di atas kanvas. Manakala plat besi dan blok direka mengikut tema yang ingin dilukis.

“Dengan suhu panas yang sesuai, plat yang dicetak ke atas permukaan PVC akan menghasilkan imej terbakar,” ujarnya.

Haafiz berkata, cara penghasilan cetak panas ialah besi yang telah dipotong menjadi imej ikan yang kemudian dibakar panas untuk cetak atas PVC. Cat yang dilukiskan untuk imej tersendiri seperti dalam karya Kembali Bernafas.

Sementara itu, Haafiz Shahimi merupakan seorang pesilat yang telah mengkacukkan B-Boy dalam tariannya. Selalu Haafiz juga akan menggunakan tenaga tarian sambil membuat lukisan.

Garis pada garisan yang dihasilkan dengan charcoal kebanyakan selalunya spontan dan berani membawa perwatakan yang bebas dalam figuranya.

 

Info:

  • Karya Haafiz Shahimi bertajuk Rage kini sedang dipamerkan di Core Design Gallery.
  • Berlangsung dari 10 Mei hingga 15 Jun.
  • Layari: http://malaysiacontemporaryart.coredesigngallery.com
  • Galeri dibuka setiap hari dari Isnin – Jumaat bermula 10 pagi hingga 7 petang.
  • Lokasi: Core Design Gallery Sdn Bhd, Jalan SS15/2A, Subang Jaya.

 

 

Terbitan: CitraSeni, Sinar Harian

Tarikh Terbitan: 04 Jun 2014

 


Comments are closed.